Isnin, 16 Disember 2013

KELAS OH KELAS

Bismillahirrohmanirrohim....

 Segala puji dan puja adalah milik Allah Azza wa Jalla :

Teks : Dalina Manjir.

 dalinamanjir74@gmail.com

Assalamualaikum

                       Buat semua pembaca di alam maya blogger. Alhamdulillah. buat kesekian kalinya dalam hidup ini berjaya menulis di laman blog sendiri setelah kurang lebih dua minggu mengikuti kelas on line secara merangkak-rangkak dan bertatih-tatih , inilah hasilnya.

                        Kisah bermula di suatu hari aku terjumpa FB kawan lamaku semasa di tingkatan enam lebih kurang 21 tahun yang lalu di SSAJ Kluang Johor. Ku baca ape yang ditulisnya .Ya Allah pandainya dia menulis. Aku jadi sangat teruja untuk menjadi sepertinya tapi tak tahu bagaimana nak bermula dengan pengetahuan aku yang secetek air di dalam secangkir kopi hidangan pagi ,lama juga aku termenung dan berfikir.

                        Sebelum itu, aku pernah membaca tulisannya di sebuah majalah tempatan yang sering aku baca semasa menanti kelahiran cahaya mataku .Aduhai kawan ku dah jadi wartawan hebat rupanya ,apatah lagi testimoni tuuuuuuuu kawan sekelas kami juga ,aku rasa dah macam reunion di dalam majalah pulak.dapatlah aku mengetahui serba sedikit tentang cerita kawan-kawan lama.Rindu juga rasanya.Tapi apakan daya semua telah ada haluan masing-masing.Semuanya hanya tinggal dalam kenangan yang sangat indah di alam sekolah dulu.

                      Dengan izinNYA, di suatu petang sedang hujan renyai-renyai , musim tengkujuh melanda negara kita, aku bukalah FB. Tak sangka respon yang ku tujukan untuk kawan lamaku dijawab olehnya.Betapa gembiranya hatiku kerana dia masih mengingatiku setelah 21 tahun berlalu.Lama tu kalau ada anak dah jadi anak dara dan teruna dah boleh mendaftar mengundi untuk memilih.

Masih ku ingat tarikhnya:

 3 Disember 2013 bersamaan hari Selasa jam 4.32 petang.

 "Assalam'mualaikum Cikgu Dalina. Kabare"? sapaan kawanku di laman FBnya.

 "Ko betul2 minat nak mulakan penulisan blog ke? Ada step yang mesti di follow.Aku cadangkan ko join kelas asas blog dan penulisan.Aku pun join kelas tu dan dan baru dapat bergerak laju " katanya lagi.

 Petang itu aku menutup FB untuk menguruskan kerja seharian di rumah.

 4hb Disember 2013 4.28 petang Rabu.

 "Waalaikumsalam Has, terharu  rupenya ko masih ingat kat aku yee .Has, memang aku berminat dengan blog tapi tak tau macam mana nak mula, boleh ajar aku kat mane nak rujuk buat blok tu, terima kasih Has, kau masih cantik macam dulu" kataku panjang lebar menjawab tilisan Has di FB semalam. 
 "Aku cadangkan ko join kelas yang aku cadangkan ni.Nanti kita akan ajar step by step.In sha Allah nanti ko akan ada guideline untuk menulis.Kalau nak join kelas asas dan penulisan confirm kat aku ye" kata Has pada petang itu.
 "Ok.aku nak belajar" balasku.
 "Alhamdulillah.lepas  ko akan dapat ebook dan In sha Allah boleh start kelas" begitulah Has menjelaskannya kepada ku di laman FB.
 "Ok bos" jawabku.
 "Kelas secara online.Ko boleh tanya bila-bila masa , In Sha Allah aku akan jawab dan tolong. Hehehe ngada je tau .Mana ada bos .Aku pun masih belajar" kata Has dengan nada manjanya.

                            Malam semakin dingin , hujan masih renyai-renyai di luar rumah.Kedinginan amat terasa, fikiranku menerawang jauh ,alangkah seronoknya bila aku dah ada blog sendiri nanti ,bolehlah aku menulis macam Has..Ku lihat my darling comelku telah lama tidur nyenyak disisiku. Akhirnya aku terlena dalam kedinginan malam itu.


https://encrypted-tbn3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTc5hfrtFTGUqcVYqj8P0ZpRu9xgmfh8DIQZPpicUVYvt8sgAsk
akhirnya aku belajar kelas asas penulisan blog jua........
 
 5hb Disember 2013 Khamis.

                            Hari itu aku tidak membuka FB. Sibuk menguruskan perbelanjaan persiapan persekolahan 3 orang anakku yang dah semakin hampir. Semuanya aku berbelanja di beberapa kedai di bandar Simpang Renggam. Alhamdulillah,sebahagian barangan keperluan persekolahan anak-anakku telah dibeli tinggal yuran dan buku-buku sekolah saja yang belum.Masa terus berlalu begitu saja.

 10hb Disember 6.37 pagi Selasa.

                       Seawal jam 5.45 pagi aku dah bangun. Membersihkan diri dan bersolat subuh. Selesai semuanya , terus saja aku membuka komputer di atas meja.Pertama aku lawati mestilah FB untuk mencari Has samaada dia sedang online ke tidak. Tanpa berlengah aku terus menulis pelbagai soalan dan kutujukan pada Has. Kubaca jawapan Has yang dah beberapa hari tidak ku buka komputer dan FBku.
 "Assalamualaikum. Dalina  kita boleh start kelas In Sha Allah" Has menulis di FB aku.(dihantar pada 5hb Disember 2013 9.27 pagi)

 " Tunggu tau, lepas tu aku nak letak nama apa haaa, boleh tak nama (AKU YANG TERPILIH} sebab apa yang aku nak kongsi tu, macamtulah alkisahnya, hehehehe." tanyaku pada Has.

 "Hehehe..........tak Sabar nak jadi cikgu " Has memberi respon kepadaku.
 11hb Disember 2013 7.17 pagi Rabu.

 "Has , lepas ni aku nak buat apa, macam mana, bagaimana, tak sabo nak tengok blok aku tu, aku harap ko dapat telefon aku " kataku pada Has.
 " Ok aku ada invite ko dalam group kursus asas penulisan dan Blog (Hasnita Sawal). Nanti aku call ye sebab sekarang nak balik kampung ni" terang Has.
 "Balik Kahang ke?" tanyaku.

                           Tanpa dijawab oleh Has, aku terus membuka blog Hasnita Sawal mengikut apa yang disuruhnya. Tapi aku tak jumpa apa pun yang disuruhnya. Itulah kelemahan aku , kurang mahir dalam menguasai IT walau dah berbelas tahun berkerja.Hampa rasanya. Lantas aku terus menulis di FB Has bertanyakan soalan lagi , harapan ku dia sempat menjawabnya sebelum dia balik kekampung halamannya.

 "Tak fahamlah, buta IT aku dah buka ko punya blok tak jumpa pun yang ko suruh buka tu, maaf yee cikgu harap dapat telefon aku bila sampai kampung nanti, sorry mengganggu" tanyaku penuh berharap pada Has.

 "Hehehe bukan dalam blog aku.Dalam FB. Tengok kat nitification. Nanti invitation group tu. So ko masuk dalam gruop tu yee. Nanti aku call ko" Has memberi penjelasan.
 "Aku cuba.Bismillah" kataku pula.

 "Nak msg FB aku boleh je bila-bila , tapi aku dalam kereta ni" tambah Has lagi.

 "Ok. Nak free dulu anak aku dah meragam ni, nanti aku FB lagi ok, selamat pulang ke kampung" kata ku pada Has. 3.10 petang Rabu.

 "Dah sampai kampung mana" tanya ku pada Has.
 "Kat Kempas Johor Bahru" jawab Has pendek saja.

 "ok sekarang boleh ajo aku tak? tengah buka laman kelas blog ko ni.ok anak aku tengah tidur , boleh belajar sekarang" aku memberitahu pada Has.

 "Internet kat rumah aku ni slow sikit" ujar Has.
 "Ok. Aku dah jumpa yang ko suruh isi tuu kena klik kat 'sunting' yee? kataku lagi.

 "Ye betul tuuu" jawab Has.

 "Tengah isi , aku jawab kat depan soalan ko tau! sorry lambat sikit pasal IT ni jadi ko kena ajar aku satu-satu ,aku harap ko sabo ekkkkkkk" kata ku penuh mengharap pada Has.

 "Ok.Tak ape Dal ambik masa jawab soalan tu tak payah kelam kabut. .Aku masih lagi tak boleh bukak group tu geram.Nanti ko baca juga yang aku letak teks langkah demi langkah asas blog tu" Has memberi penerangan.

 "Has, aku dah siap isi lepas tu tekan 'simpan',lepas tu buat apa lagi?" kataku pantas kepada Has.

"Huiii cepatnya! Ok ko create gmail.  ke dah ada, sambil tu ko baca langkah demi langkah asas blog" Has terperanjat. 
 "Ok bos. Aku cuba, ko dah baca yang aku tulis?" tanyaku pada Has.

 "Belum, sebab aku tak boleh buka kat ipad ni geram" kata Has.

 "Ok tak apa, cuma aku harap ko boleh ajar aku waktu malam dan awal pagi sebab anak aku tengah todur baru aku boleh buat tulisan ni" kataku penuh mengharap.

 "Ok, boleh In Sha Allah. Nanti kalau dah boleh tengok aku roger ko" Has memberi keyakinan padaku.
 "Dal, dah create email ke?" Has bertanya.

 "Tengah baca arahan ni, alamak panjangnya, pelan-pelan" kataku.

 "Tak apa baca pelan-pelan yee" Has menasihatiku.

 "Has , tak boleh guna email yang sedia ada ke? sebab bila create dia kata dah ada email tu, klik kat mula di sini, kan?" tanyaku pada Has.

 "Email sebelum ni nama apa? tanya Has.
 "dalinamanjir74@ gmail.com" kataku lagi.
 "Sebenarnya kita nak branding nama kita melalui email tu" Has memberi penjelasan.  
"Oh! ya kee" balasku.
 "Oh! oklah , ingat guna nama samaran. Hihihi.. so step seterusnya, create blog" Has berasa lucu.

"Habis tu macam mane" tanyaku sedikt hairan.

 "Tak apa, ok tu. Ko punya email memang dah branding nama sebenar. Taip blogger" Has mengajarku di alam maya.

 "klik kat 'Di sini ya" tanyaku untuk pengesahan.

 "Tu untuk apa? Oh kat langkah demi langkah yu yeee. Ok betul, lepas tu bila keluar singn in to blogger, ko gi bawah dan create an account. Guna email add ko yeee" Has mengajarku.
 "Aku tak jumpalah,  tolonglah , dah jem Has, aku rasa aku dah salahlah , macam mana ni, oklah aku berenti dulu, nanti aku sambung balik" kataku sedikit kecewa kerana tidak mahir IT. 
                           Aku segera meninggalkan komputer dan FBku kerana dah naik pening kepala. Lantas ke dapur untuk meneguk segelas air sejuk bagi melegakan tekak yang semamangnya kehausan dek leka belajar kelas asas blog on line dengan Has. Belum sempat aku menghabiskan segelas air masak sejuk, tiba-tiba telefonku berbunyi.
 "Kakak! ambil telefon mama, bawa sini? pintaku pada Irdina anakku.

 "Nyah! mama" pantas Irdina mencapai telefon yang berbunyi. 
                           Bila kulihat nama yang tertera 'Hasnita Sawal' guru asas penulisan blogku, hatiku jadi berdebar-debar, rupanya dia masih sudi menghubungiku, setelah berhari-hari kami belajar kelas on line ini menggunakan alam maya. Dengan pantas aku menjawab panggilannya takut terputus nanti, hatiku berkata sendirian.
 "Hello, assalamualaikum Has" aku memulakan bicara.

 "Waalaikumsalam" sayup-sayup kedengaran suara Has.

 "Terima kasih Has, ko masih ingat lagi kat aku, yalah sekarang ko dah jadi wartawan yang hebat, ada banyak tulisan, aku suka baca tulisan ko , banyak ilmunya, tahniah Has" panjang lebar aku memuji Has kawan lamaku.

 "Elleh ko ni, masakan aku lupa,kawan lama. Dulu masa sekolah kolah orangnya yang puitis gitu, aku banyak cakap jee" Has dengan nada bergurau.
 "Has, ko masih canti macam dulu" kataku pada Has.

 "Hehehehe, apalah ko ni malu aku" Has ketawa kecil. 
                       Petang itu , kami berbual agak panjang setelah 21 tahun berpisah tidak pernah berbicara dan bersua muka, hanya suara di telefon menjadi pengubat rindu. Jam 7.06 petang itu Has menulis di FBku,
 "Dal nanti ko boleh terus berhubung dengan cikgu aku Netty Ah Hiyer.Inbox je dia. Nanti dia tolong ko. Aku dah cakap problem ko" (tanpa aku melihatnya)
                        Malam itu, fikiranku menerawang pada kenangan lamaku bersama kawan-kawan semasa di tingkatan enam dulu.Betapa indahnya saat itu.Semuanya hanya tinggal dalam kenangan. Aku mencapai pen, menulis serba sedikit ruangan yang bakal dijadikan tajuk dalam blog aku nanti. Mula aku membelek-belek buku yang aku ada, memilih bahan yang sesuai untuk dimasukkan dalam penulisan blog aku nanti.

                         Sememangnya aku suka membaca, banyak juga buku yang aku beli. Bila ke kedai buku aku jadi bagai nak 'gila' dengan buku ,rasa macam nak beli semua yang aku suka,buku resepi, buku islamik, buku sejarah islam, tokoh-tokoh, solusi, Al Ustaz, buku psikologi, motivasi dan sebagainya semuanya menggoda aku untuk membelinya. Sampai suamiku bersuara.
 " Buku yang beli kelmarin tu dah baca ke belum?" tanya suamiku bila melihat aku membeli buku baru setiap kali kami keluar ke pekan.
 " Abangkan tau , Ina suka baca buku, tak faham lagi ke?" aku membela diri. 
"Lainlah abang , kan abang suka kenderaan" aku memujuk suamiku.
 12hb Disember 2013 7.41 pagi Khamis.
 "Assalamualaikum Has, aku dah baca yang Puan Netty suruh khatam tu,sangat teruja sekali dan tak sabar nak buat blok,  tak putus asa nak cuba juga walau susah macam mana pun" aku meluahkan perasaan pada Has.
 "Oh! Dal, dah dapat ebook tu ye? Dah khatamkan ke?" Has memberi respon.
 "Baca secara rambang, sekarang tengah tengok kelas ebook Hasnita ni, Pn Netty ada komen kat situ aku nak gi salin" kataku lagi.
 "Oh tak pe" pendek saja Has menjawab.

 "Ok, Dal ko dah ada blog. So ko dah boleh start tulis, tajuk bahagian atas tu untuk tulis entri kita. Setiap kali tulis buat label untuk cerita kita"  Has menerangkan kepadaku.

 " Aku cuba dulu, terima kasih Has , I love You" kataku pada Has.

 "Hehehe , i love you too. Nanti ada apa-apa tak faham calling-calling jee yee. Sekarang nak sarapan dengan family dulu" Has minta diri dari FBnya.

 "Ok Has, nak rehat dulu, aku dah buka yang ko suruh, faham sikit tapi tak tulis dulu, bagi free dulu malam baru tulis idea dah ada, bila nak tulis nanti aku call ko, 'catatan' tu aku nak tulis 'Kelas oh Kelas' boleh ke, 'label' tu apa? ada yang aku tak faham beberapa item, ok jumpa lagi" kataku mengakhiri bicara FB pada pagi itu.
 13hb Disember 2013 7.12 Jumaat
 "Sorry Has, aku masih belum menulis sebab ada beberapa yang tak faham. Nak menulis tu kejap jee tapi aku nak buat betul-betul perlu ada masa sesuai tanpa gangguan, baru ayat-ayat jadi bernas dan berkesan bila membaca sentuhan tu penting. Walau pun hati dah meronta-ronta nak menulis, maaf yee Has" luahanku tujukan untuk Has di laman FB pagi itu.

 "Tak pe jangan risau. Ko buat yang basic jee dulu. Sekarang ko dah sampai peringkat menulis 44 entri,So nanti ko start tulis tentang catatan harian dulu. Lepas tulis artikel, pergi kat ikon label dan tulis catatan harian. Lepas tu baru publish" Has memberi penerangan padaku.

 "Ok aku cuba, terima kasih Has" jawabku pendek saja.

 "Sama-sama" Has membalas.

 "Has, boleh tak aku nak sediakan ruangan yang berbeza" soal ku pada Has.
 "Memang kita kena ada 5 label berbeza. Boleh rujuk blog cikgu Netty" Has menjelaskan. "Ok cikgu" kataku pendek saja.

 "SORRY HAS NAPE TAK BOLEH BUKA BLOG!!!!!!!!!!!!!!" jerit ku seorang diri.


                       Begitulah kisah perjalanan mengikuti kelas asas penulisan blogku bersama seorang guru bernama Hasnita Sawal yang juga merupakan kawan lamaku di SSAJ Kluang Johor kira-kira 21 tahun yang lalu. Walau jarak masa dan tempat memisahkan kita namun takdir tuhan menemukan semula di arena alam maya ini.

                      Moga pertemuan ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Mohon maaf buat Has sekiranya titipan ku yang pertama kalinya dalam sejarah hidupku ini ada mengguris perasaanmu. Ajarlah aku kawanmu ini seikhlas hatimu moga Allah saja yang akan membalasnya keikhlasan dan ilmu yang dikau curahkan. Aminnnnnnn.

 p/s :

 Kepada pembaca yang sudi membaca tulisanku ini, terima kasih tak terhingga diucapkan kepadamu. Jangan lupa episod seterusnya akan menemui kalian di lain keluaran.

IN SHA ALLAH. Dalina Manjir 




Moga Allah sentiasa memberi ilham untuk ku terus menulis......


















Tiada ulasan:

Catat Ulasan